Tuesday 20 August 2013

Induk Opaline 1 [Video Inside]

Koleksi Induk paling cemerlang setakat ini...
Opaline Lutino Oren Head vs Opaline Green  Oren Head

Induk Fischer Pied [Video Inside]

Induk Fischer Pied ni dengan owner lama dah jadi induk, dikatakan sudah 4-5 kali membuahkan hasil. Namun bersama saya, owner baru belum ada hasil walaupun telah hampir 5 bulan memilikinya...
Sabar dan terus berharap...

Monday 19 August 2013

Lagi Bakal Induk

Salam to all, ni seekor lagi "mungkin" bakal induk.. dipasangkan dengan seekor Opaline Lutino (suspek jantan) ikut baka asal macam bapaknya..

Opaline cherry head ni suspek betina, dah mula suap-menyuap, kutip sampah dan daun kering masuk nestbox, dan seringkali "menyorok" dalam sarang..

Pepun doa2kan lah moga berhasil.. ;)


Alhamdulillah [ Bakal Induk ]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lama sungguh rasanya tak berblog ni. Hari ni nak kongsi beberapa cerita.

Syukursangat2, alhamdulillah. Pasangan terbaru ni dah bertelor 3 biji. Terkantoi kali terakhir apabila si hijau memanjat si kuning.... hehehe..

Apa-apapun tunggu saje samada telor untuk 1st time ni berbenih atau tak.. berdoa dan pasrah sahaja...



Cantek tak pair ni?.. hehe

Monday 4 March 2013

Belum punya rezeki...

Begitulah resam dan Sunnatullah..DariNya setiap sesuatu datang, kepadaNya jua akan dikembalikan... Induk ni dah dua kali bertelor.. kali pertama memang xjadi.. kali kedua pun dh lebih tempoh eraman... sepatutnya pada 28hb Februari yg lalu dh menetas. Tapi hari ni dh masuk 4hb Mac... induk pun dah tahu gamaknya benihnya tidak menjadi... lalu dipecahkan dan dibuang dari kotak...Harap sangat next bacth akan menghasilkan benih dan anak yang comel2...