Wednesday 19 September 2012

Menunggu Teman Hidup Yang Baru

Alhamdulillah... cari punya cari.. survey sana survey sini... semalam dh try dapatkan teman baru untuk Green Fisheri [Betina]... akan dijodohkan dengan Duda dari negeri Jelapang Padi ~ Utara.. heheheh.. insyaAllah jumaat akan dipertemukan.. hehehe

Ni betina yang sedang menunggu... kikikiki... comel lote tak..?




Yang ni pula jantan yang bakal ke sini tak lama lagi... sepadan tak..? sekufu bukan... hehehe



WF Cockatiel....

Assalamualaikum... sekian lama x update blog nih.. so hari ni nak perkenalkan dengan pair terbaru [dh sebulan sampai ] heheheh.. White Face.... doa2kanlah pair ni pulak berjaya dibiakkan... ^_^





Lovebird Olive Fisheri - Female [Sold Out]

Lovebird Olive Fisheri - asalnya daripada Alor Setar Kedah... bersama pasangannya Turqouise [Jantan]... tetapi pasangan jantannya meloloskan diri sewaktu kami pulang cuti beraya baru-baru ni... So dengan berat hati... Olive ni telah dipindah milik kepada tuan baru.. tujuannya untuk mendapatkan pasangan baru di sana....



Ni pasangan lama dulu......

1st Pair Lovebird - Thanks Allah

Alhamdulillah, pada 7.09.2012 pair petama LB telah menaikkan semangat untuk terus memelihara burung Cinta ini... Lutino Peach Face Red Eye [Jantan] dan Green Peach Face [Betina] terbukti pair yang baik... Bermula dengan sebiji telor pada hari pertama dan diikuti telor seterusnya sehingga menghasilkan empat biji telor keseluruhannya...

Harap2,... pasangan ini bijak menjaga benih dan membesarkannya nanti ~ tak sabar menunggu 21 hari untuk melihat telor2 tersebut menetas...


Tuesday 3 July 2012

My Cockatiel WF [Sold Out]

Monday 28 May 2012

Lovebird sakit mata - satu perkongsian ilmu


Assalamualaikum wbt, alhamdulillah Allah masih memberikan nikmat dan rahmatNya kepada kami anak beranak dan juga anda semua para pembaca/pelayar blog ini.

Apa khabar sahabat2 dan geng2 parrot sekalian? Nampak gayanya sahabat2 kita semakin maju dalam projek dan usaha mengembang biakkan lagi habitat burung. Bisnes pun semakin menjadi.. rezeki bertambah, anak2 dan isteri gembira bermain dengan burung2 jinak nih..alhamdulillah - itu semua nikmat daripadaNya buat kita.

Haza Min Fadhli Rabbi..

kali ni nak berkongsi satu ilmu, kebetulan LB saya sakit mata, sebelah mata dia tertutup.. so mencari2 lah kaedah penyelesaiannya, walaupun di ruang maya FB geng2 burung dh banyak memperkatakan tentang cara/kaedah rawatan.. tadi masa google, terjumpa blog yang banyak memberi input dan manfaat...

inilah laman blognyer..rasanya saudara kita dr negara jiran ...

  •  http://www.lovebirdsemarang.blogspot.com
  •  http://www.budgie4u.blogspot.com/2011/12/love-bird-sakit-mata.html

Wednesday 23 May 2012

1st Pair Diamond Dove Telah Menetas...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah dipanjat kepada Allah SWT di Bulan rejab yang berkah ini... Sajer nak kongsi berita baik. Pasangan DD yang kedua bertelor tempoh hari ( 8hb Mei ) telah berjaya mengeramkan dan menetaskan telornya.. alhamdulillah kedua2 biji telor menjadi... Bile menetas tak pasti.. tapi pagi td lebih kurang jam 11.30, tergerak hati nak tinjau2.. rupanya dh menetas.. bulu halus pun dah ada sikit.. alhamdulillah..

cumer pasangan pertama yang bertelor ( 6hb Mei ) belum menunjukkan hasilnya.. agak2nya tidak ada rezeki lagi utk pasangan pertama ni... telornya sebiji tuh dh kekelabuan sikit, sebiji lagi masih merah cerah.. tp si ibu tetap duduk mengeramkan telornya... klau ada rezeki, adalah nanti, InsyaAllah..

gambar akan diupload kemudian yer..

Monday 21 May 2012

3 pasang Diamond Dove telah bertelor..

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah.. 3 pasang Diamond Dove dah menunjukkan hasil.. terbukti 6 ekor Diamond Dove tu, 3 jantan, 3 betina.. dah asingkan tempat barulah 3 pasang nih boleh bertelor...

Tapi selepas ni nak masukkan semula dalam sangkar besar yang akan diubahsuai.. hehehe... Induk pertama mula bertelor pada 6 hb Mei, so hari nih dh masuk hari ke 16.. tp telornya belum menetas lagi..

Induk kedua, bertelor pada 8hb.. pun belum menetas lagi...
Induk ketiga tak pasti bile, mungkin kelmarin (antara 19-20 hb Mei) sebab kami balik kampong, sampai kat rumah tengok induk ketiga ni dah bertelor.. gambar akan diupload kemudian... alhamdulillah.. :)

Sunday 6 May 2012

Proven Diamond Dove.. Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

Pagi ni Ahad, 6 Mei 2012 nak kongsi cerita best sikit. Dah lama dh menunggu. Akhirnya dengan izin Allah, terbukti. Pagi ni ronda2 tengok aviary.. sepasang Diamond Dove yang sengaja diasingkan pd 24 April lepas telah membuahkan hasil.. hihi..

Niat nak penuhkan bekas dengan sambau, tukar air baru, tengok2 dah bertelur.. setakat ni baru sebiji, harap2 lepas ni ada lagi sebiji menjadi dua@lebih.. hihi..

Harap2 menjadi lah benih yang pertama nih...



Tuesday 24 April 2012

My Cockatiel Lutino | Guest Male or Female..

Cockatiel Lutino, breeder asalnya ialah Bro Amir Ezani. Sudah hampir seminggu 'dia' mendapat tuan baru. Harap2 dia selesa la dengan alam baru dekat KKB ~ Kiri Kanan Bukit ~ itu kata orang la.. tp KKB ni Kuala Kubu Bharu.. ngeee ~mana2 otai Cockatiel nih.. tolong la tilik2 kan lutino ni Male @ Female.. hehehe...

Tuesday 10 April 2012

Nak pastikan jantan betina - ada yang boleh membantu?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kali ini saya nak minta bantuan rakan2 peminat burung especially lovebird..hehe
Mungkin ada di kalangan teman2 peminat burung yang boleh mengenal pasti jantina lovebird dalam klip video di bawah....Kepada otai2 tuh boleh la berkongsi ilmu.. hihihi.. ada betina dan jantan @ dua2 betina @ dua2 jantan.. hahaha..

Tuesday 3 April 2012

Cukup Sebulan Bersamaku

Pagi ni nak kongsi satu berita sedih. LB Green Fischer kesayanganku telah pergi meninggalkan ku. Entah hidup entahkan mati. Aku sendiri tidak tahu. Yang menyedihkan, malam tadi baru selesai bersihkan rumahnya, penuhkan bahan makanan dan minuman. Tup.. tup.. bangun Subuh tadi dia telah tiada...

"Ni tak lain, mesti angkara si meow yang nakal tuh!" bentak hatiku.

Sangkar telah tertiarap di lantai. Sambau makanan kegemarannya habis berselerak. air minuman masih basih di lantai laman rumah.

"Harap-harap dia tidak di makan oleh kucing" hatiku berbisik pilu.

Tiada tanda-tanda pergelutan. Tiada cebisan bulu. Yang ada hanya sisa-sisa makanan yang berselerakan. Mungkin dia pandai menyusup di celahan bilah dawai kokot itu. Menyelamatkan diri dari Si Meow...

3 Mac 2012 - 3 April 2012 ~ Genaplah sebulan dia bersamaku. hanya sebulan?!! Harap-harap dia bebas di luar sana dan bukannya menjadi mangsa bahaman si meow yang nakal itu ( dalam hati "JAGA KAU KUCING!!! ) . Moga sangkaan ini tak meleset berdasarkan tiada sebarang kesan atau cebisan bulu hasil dari pergelutan.

Tuesday 27 March 2012

Perbezaan @ Cara Mengenal Jantina Diamond Dove

Perbezaan @ Cara Mengenal Jantina Diamond Dove

Maklumat di bawah ini adalah hasil bacaan daripada internet berkenaan burung Diamond Dove. Saya sendiri pun belum pasti. Namun hasil perbincangan dengan beberapa individu yang berpengalaman dalam memelihara burung ini, saya hampir yakin dengan input hasil pembacaan di internet. 



Berikut adalah ciri-ciri yang boleh membezakan jantina burung tersebut :
  • Jantan - Bulu di bahagian kepala tidak terlalu gelap, terang sikit. 
  • Jantan - Paruhnya bulat sikit, manakala betina tirus 
  • Jantan - Alis merah di mata - besar dan tebal, betina nipis 
  • Jantan ­- Cere mata lebih merah berbanding betina tidak pekat ( oren ) 
  • Betina banyak warna coklat di bahagianbelakang dan leher 
  • Betina banyak warna perang di hujung kepak.
Tempoh eraman telor lebih kurang 2 minggu ( 14 hari ).

Sumber-sumber internet :



Sunday 4 March 2012

My First LB Green Fischer

Assalamualaikum wbt semua. alhamdulillah semalam sempat berjumpa dengan otai LB di Nilai a.k.a Pak Teh. banyak input yang dikongsikan oleh pak teh. Thanks a lot Pak teh..

Dan yang sebenarnya ~ setelah sekian lama mengidamkan koleksi LoveBird, baru kali ini berkesempatan dan berpeluang mendapatkan seekor LB Green Fischer.. excited sesangat... tapi dapat seekor jer... Betina. Klau dapat sepasang dengan jantan lagi okey sebenarnya..

InsyaAllah...kalau ada rezeki nak jugak dapatkan yang jantannya.. sebab tak baik kita kalau bela tapi tak bagi pasangan... macam kita lah.. hidup sorang2 seronok ker? huhuhu..doa2kanlah semoga My First LB ni dapat boyfriendnye cepat2 sikit...





Monday 27 February 2012

Koleksi Burung2 di Teratak Budgie

Assalamualaikum semua, teratak ni nama jer Teratak Budgie, tp dalam sangkar bersaiz 6 x 4 x 5 kaki ni ada beberapa spesis burung antaranya Sepasang Diamond Dove, 5 ekor merbok kampung, 6 ekor ciak gunung, 3 ekor budgie, seekor serindit, dan 3 ekor pipit pinang..hehe

Tapi sekarang tengah adjust siapkan sangkar khas untuk budgie, rasa2nya tak leh campur semua, sebab :
  • Merbok akan jadi mangsa 'love bite' budgie
  • Budgie takleh bertelur dan membiak
  • Diamond Dove pun camtu jugak..
betul ker camtuh? hehe..tp sangkar kali ni kecik jer..beli kat kedai pastu ubah skit2...nanti bile dah siap, ada masa saya akan upload.


 Sepasang Budgie yang selalu bercumbuan...

 Masuk bilik jap laahhh..

 Tinggal keseekorann..

 Hanya tinggal sekor daripada dua.. serindit

 Betina ni gayanya macam cari port nak buat sarang..tp sampai skarang belum ada hasilnya..

 Jantan mai datang kacau...agaknya

 Sepasang Diamond Dove...cumil sangat rasanya

 Masa beli dulu katanya yang putih nih betina.. tapi lain macam jerkk..hehe

 Kalau ikut kata penjual hari tuh yang ni DD jantan.. tak tau laa..yang jantan pulak yang togel bulunya di tengkok..

 Orang kampung saya panggil burung nih Ciak Gunung.. burung ni abang sedara tahan kat pokok petai depan rumah dia di Selama, Perak.

Asal serindit ada sepasang, then sekor tuh x panjang hayatnya...

First Time Bagi Budgie Minum Vitamin

Assalamualaikum semua, ini mungkin entry pertama Budgie KKB kat dalam blog nih.. hehe.. orang kata baru nak berjinak2 dengan budgie... almaklum...

Atas nasihat teman2 blogger yang tak lokek ilmu ~ a.r.e.p.a.h.m.a.d ~ zoo bawabat ~ pak teh ~ alhamdulillah tadi berkesempatan pergi kedai burung kat Batang Kali beli Tulang Sotong, Vitamin dan Spray Millet..

So sampai rumah terus feeding sekor budgie yang sakit sejak beberapa hari. Alhamdulillah, lepas minumkan dengan Vitamin, budgie nih terus bersin then berkicau sikit, walaupun tak macam sebelum nih.. aktif. Atleast ada bunyi jugak la daripada takde..

Harap2 budgie nie bertahan dan akan sembuh dari penyakit...

 Rupa keadaan budgie lepas minum Vitamin.. abess basah2..

 Mengembangkan bulu..sejuk agaknya

 Opss..tergolek plak...

 Haaa.. nilah vitamin, spray millet dan tulang sotong

Harap2 budgie akan bertambah sihat. Mohon doa sahaba2 semua..

#Mungkin sape2 boleh pastikan agak2 budgie ni jantan @ betina yerk.. sebab kalau ikut cere kat hidung tu warna terang, pastu ada biru sikit2..camne tuh yer..?