Tuesday 27 March 2012

Perbezaan @ Cara Mengenal Jantina Diamond Dove

Perbezaan @ Cara Mengenal Jantina Diamond Dove

Maklumat di bawah ini adalah hasil bacaan daripada internet berkenaan burung Diamond Dove. Saya sendiri pun belum pasti. Namun hasil perbincangan dengan beberapa individu yang berpengalaman dalam memelihara burung ini, saya hampir yakin dengan input hasil pembacaan di internet. 



Berikut adalah ciri-ciri yang boleh membezakan jantina burung tersebut :
  • Jantan - Bulu di bahagian kepala tidak terlalu gelap, terang sikit. 
  • Jantan - Paruhnya bulat sikit, manakala betina tirus 
  • Jantan - Alis merah di mata - besar dan tebal, betina nipis 
  • Jantan ­- Cere mata lebih merah berbanding betina tidak pekat ( oren ) 
  • Betina banyak warna coklat di bahagianbelakang dan leher 
  • Betina banyak warna perang di hujung kepak.
Tempoh eraman telor lebih kurang 2 minggu ( 14 hari ).

Sumber-sumber internet :



Sunday 4 March 2012

My First LB Green Fischer

Assalamualaikum wbt semua. alhamdulillah semalam sempat berjumpa dengan otai LB di Nilai a.k.a Pak Teh. banyak input yang dikongsikan oleh pak teh. Thanks a lot Pak teh..

Dan yang sebenarnya ~ setelah sekian lama mengidamkan koleksi LoveBird, baru kali ini berkesempatan dan berpeluang mendapatkan seekor LB Green Fischer.. excited sesangat... tapi dapat seekor jer... Betina. Klau dapat sepasang dengan jantan lagi okey sebenarnya..

InsyaAllah...kalau ada rezeki nak jugak dapatkan yang jantannya.. sebab tak baik kita kalau bela tapi tak bagi pasangan... macam kita lah.. hidup sorang2 seronok ker? huhuhu..doa2kanlah semoga My First LB ni dapat boyfriendnye cepat2 sikit...